Mungkin berita baik buat peminat-peminat Justin Bieber dan Selena Gomez apabila pasangan artis berkenaan dilihat sudah kembali berbaik dan mula menjalinkan hubungan istimewa.
Ini selepas Selena Gomez memutuskan hubungan dengan penyanyi The Weeknd selepas 10 bulan mereka bersama.
Advertisement

Gambar yang dikongsikan di laman Twitter @SelenaHQ menunjukkan Selena dan Justin keluar bersama sambil menaiki basikal.




November 1: Selena and Justin Bieber out biking today pic.twitter.com/sZ5k509F28
— Selena Gomez News (@SelenaHQ) November 1, 2017
Dalam gambar lain, mereka berdua dilihat keluar berdua di Los Angeles, California.


November 1: Selena seen out and about with Justin Bieber in Los Angeles, California. pic.twitter.com/KmwrcsiCgv
— LifeWithSelG™ Media (@LWSGMedia) November 1, 2017
Ini menguatkan lagi bukti bahawa mereka kembali bercinta, walaupun masih tiada pengumuman rasmi daripada mereka berdua.