Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas 12 Tahun Bersama, AKMU Pilih Tinggalkan YG Dan Buka Haluan Baru

selepas 12 tahun bersama, akmu pilih tinggalkan yg dan buka haluan baruFoto: Instagram

Duo adik-beradik popular, AKMU akhirnya menamatkan kerjasama mereka dengan YG Entertainment selepas lebih sedekad berada di bawah label tersebut.

Advertisement

Keputusan ini dibuat selepas perbincangan panjang antara kedua-dua pihak, termasuk satu pertemuan mesra di rumah AKMU kira-kira enam bulan lalu bersama pengasas YG, Yang Hyun-suk.

Dalam pertemuan itu, mereka berbual tentang perjalanan karier sejak memenangi ‘K-Pop Star Season 2’ serta membincangkan arah masa depan mereka.

Yang Hyun-suk difahamkan memberi sokongan penuh, malah menyatakan bahawa mencuba dunia luar YG mungkin membuka peluang dan pengalaman baharu untuk mereka.

Selepas menilai semua kemungkinan, AKMU memilih untuk meneruskan kerjaya sebagai artis bebas.

YG dalam kenyataannya menyifatkan pengalaman membimbing AKMU selama 12 tahun sebagai satu penghormatan besar, dan berterima kasih atas karya serta kenangan yang mereka cipta bersama.

Walaupun kontrak berakhir, kedua-dua pihak menegaskan hubungan kekeluargaan itu tetap kekal erat.

AKMU turut menyampaikan surat tulisan tangan kepada Yang Hyun-suk sebagai tanda penghargaan dan menyatakan bahawa YG tetap menjadi ‘rumah’ bagi mereka walaupun mereka kini melangkah keluar membina masa depan sendiri.

Difahamkan, duo berbakat itu kini sedang meneliti perancangan untuk menubuhkan syarikat mereka sendiri bagi menguruskan aktiviti muzik secara lebih bebas.

Sumber : Soompi

ERA Muzik Hit Terkini