
Sumber: Berita Harian
Advertisement
Semua sedia hubungan pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy seakan punya masalah. Sudah jarang memuat naik gambar bersama dan mereka juga mengakui ada dugaan bertunang.
"Sangat rumit untuk saya perkatakan mengenai perkara ini kerana ia bukan hanya berkaitan saya dan El (Elfira), tetapi turut membabitkan kedua-dua belah keluarga.
"Mungkin (ada campur tangan orang ketiga)... Perkahwinan sesuatu yang besar dan tak boleh dibuat main-main. Sebab itu kami menghormati pandangan semua orang dalam keluarga," katanya ketika ditemui di sidang media AME 2018.
"Seperti pasangan lain, pasti ada dugaan dalam pertunangan. Begitu jugalah dengan kami. Doakan yang baik-baik untuk kami, mudah-mudahan ada pengakhiran yang baik.
"Apabila isu ini timbul, saya tidaklah berasa tertekan sebab saya mendapat sokongan penuh daripada keluarga. Apa saja yang saya buat, mereka tidak menghalang," katanya.
Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Mac ini.
"Kami berharap ia dapat berakhir dengan baik kerana hanya kami yang tahu apa sebenarnya berlaku. Jadi, janganlah membuat kesimpulan tanpa mengetahui apa yang kami lalui," katanya yang berharap ikatan pertunangan yang terjalin berakhir dengan perkara yang baik.
