Seungri, ahli kumpulan kpop terkenal BIGBANG mengumumkan persaraannya daripada industri hiburan.

Advertisement
Berita tersebut disampaikan oleh Seungri menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Ini adalah Seungri, buat masa ini nampaknya adalah lebih baik sekiranya saya mengambil keputusan untuk bersara daripada industri hiburan.
“Saya mengambil keputusan ini berikutan kerana kontroversi yang menimpa saya menjadi semakin besar.
“Saya masih lagi berada dalam siasatan dan saya akan menerima siasatan yang dilakukan itu dnegan hati yang terbuka.
“Sejak beberapa bulan yang lalu, saya telah menerima banyak kritikan dan komen-komen negatif daripada masyarakat menyebabkan seluruh penyiasat di negara ini menyiasat tentang saya.
“Saya tidak boleh terima sekiranya saya adalah penyebab orang di sekeliling saya terluka. Sejujurnya saya ini mengucapkan terima kasih kepada semua peminat di dalam mahu pun di luar Korea yang menunjukkan kasih sayang mereka kepada saya sejak 10 tahun lalu.
“Untuk kebaikan dan megnhomati BIGBANG dan juga YG, karier saya berakhir di sini. Saya mahu meminta maaf sekali lagi. Terima kasih untuk segalanya,” tulisnya.
Rata-rata peminat meluahkan rasa sedih sambil menyokong tindakan Seungri untuk bersara demi kumpulan BIGBANG.
Sumber: Gempak
