Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sharifah Amani Akui Pernah Rasa Fobia Bercakap Dalam Bahasa Melayu

Pelakon, Sharifah Amani membuat pengakuan bahawa beliau pernah merasa fobia untuk mempelajari dan bercakap dalam bahasa Melayu.

sharifah amani akui pernah rasa fobia bercakap dalam bahasa melayu

Pelakon berusia 33 tahun itu membuat pengakuan menerusi komen di salah satu Instagram pengarah tempatan.

Advertisement

Sharifah Amani berkata, ketika awal kemunculannya beliau pernah menimbulkan kontroversi selepas membuat pengakuan tidak pandai berbahasa Melayu ketika menerima anugerah.

“Nani dulu pun mengaku tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu. Nani bagi tahu semua orang bukan mahu berbangga sebaliknya hanya berlaku jujur. Mungkin cara Nani meminta pertolongan silap.

“Pada masa itu Nani teruk dikecam. Masa kena kecam Nani semakin menjauhkan diri dari menggunakan bahasa Melayu dan fobia. Pergi mana-mana orang sentiasa kutuk sehingga takut hendak berbahasa Melayu,” katanya.

Tambah lagi, beliau kini sudah mampu menggunakan bahasa Malaysia dengan baik dan mengakui masih lagi dalam proses pembelajaran.

Sumber: Kosmo!

ERA Muzik Hit Terkini