Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sharifah Haneesya Enggan Lagi Ditindas - “Saya Pun Ada Keluarga Yang Perlu Ditanggung…”

sharifah haneesya enggan lagi ditindas - “saya pun ada keluarga yang perlu ditanggung…”Foto: Instagram

Pelakon dan model, Sharifah Haneesya tampil menjelaskan situasi sebenar selepas isu tuntutan bayaran tertunggak antara dirinya dengan sebuah jenama automotif tular baru-baru ini. Katanya, dia bukan berniat untuk mencetuskan kontroversi, sebaliknya hanya mahu menegakkan keadilan selepas tidak menerima bayaran penuh yang dijanjikan.

Advertisement

Menurut Sharifah, nilai kerja yang masih belum dilunaskan berjumlah kira-kira RM18,000, namun apabila dia tampil bersuara, ada pihak pula menganggap dirinya cerewet dan bermasalah.

“Saya bekerja secara profesional dan tidak pernah melanggar sebarang perjanjian. Jadi apabila saya menuntut hak, bukan bermaksud saya mahu mencari gaduh. Saya cuma mahu apa yang sepatutnya menjadi milik saya,” jelasnya.

Pelakon berusia 24 tahun itu juga menegaskan bahawa dia tidak lagi mahu dipandang remeh hanya kerana usianya masih muda. Katanya, dia sudah lama belajar daripada pengalaman dan kini lebih berani mempertahankan diri agar tidak terus dipergunakan.

“Saya bukan budak kecil yang boleh dipermainkan. Saya ada maruah, dan saya pun ada keluarga untuk disara. Kadang orang nampak kita senyum depan kamera, tapi tak tahu cabaran yang kita hadap di belakang,” ujarnya lagi.

Sharifah turut menzahirkan rasa syukur kerana walaupun berdepan dugaan, rezekinya dalam dunia lakonan masih berterusan. Dia kini sibuk mempromosikan filem terbaharu bertajuk Malam Terlarang yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

“Selagi saya boleh berusaha dengan cara yang betul, saya akan terus kuat. Saya percaya rezeki yang datang dengan kejujuran akan kekal lama,” katanya penuh yakin.

Sumber: HibGlam

ERA Muzik Hit Terkini