Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tengok Filem Separuh-Separuh, Sharifah Sakinah Dedah Alami Disleksia Sederhana

Disleksia merupakan satu gangguan yang ditandai oleh perilaku impulsif, hiperaktif dan kurang perhatian. Ia memiliki ciri-ciri ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’, menyebabkan diri menjadi sukar untuk fokus dalam melakukan aktiviti seharian.

Saya gemar membaca buku tapi tak mampu nak habiskannya. Tengok filem pun separuh-separuh. Menaip pun mesti typo teruk.

Lepas tamat persekolahan saya baru sedar saya ada ciri-ciri ADHD dan disleksia sederhana.”

tengok filem separuh-separuh, sharifah sakinah dedah alami disleksia sederhana

Disebabkan ini, Sharifah Sakinah sering melakukan beberapa aktiviti lain supaya dirinya menjadi lebih fokus, antaranya berlari dan bersenam.

Saya berlari sebelum membaca, penggambaran dan menghadiri acara. Ia membantu untuk saya lebih fokus. Makan pun jaga. Saya kurangkan pengambilan tenusu dan daging serta memakan banyak buah-buahan.

Kini saya belajar untuk bermeditasi untuk membantu saya tenang. Memang banyak ikhtiar yang perlu saya buat untuk menjadikan saya individu normal. Tetapi ia berbaloi.”

tengok filem separuh-separuh, sharifah sakinah dedah alami disleksia sederhana

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah 

ERA Muzik Hit Terkini