Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sudah Tidak Sebumbung Sejak Mac 2020, Sharifah Sakinah Sah Bercerai

Pelakon, Sharifah Sakinah mengesahkan kepada portal berita tempatan bahawa hubungannya bersama suami sudahpun terlerai pada Mei lalu.

sudah tidak sebumbung sejak mac 2020, sharifah sakinah sah bercerai

Advertisement

Memetik laporan daripada Gempak, Sakinah mengakui sudah pun tidak tinggal bersama sejak Mac 2020.

Menurutnya lagi, keputusan ini diambil secara baik dan mengambil kira anak perempuan mereka, Anais Adha yang kini berusia 3 tahun.

Ditanya mengenai aktiviti bekas suaminya, Aliff yang secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di Internet, Sakinah menjelaskan ia adalah urusan Aliff dan tidak mahu masuk campur.

Terdahulu, Sakinah dan Aliff telah mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2015 dan kini dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: Gempak / BH

ERA Muzik Hit Terkini