Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sharifah Sakinah Terpaksa Makan Nenas Untuk Gugurkan Kandungan

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan beliau pernah terpaksa menggugurkan kandungannya atas nasihat doktor.

sharifah sakinah terpaksa makan nenas untuk gugurkan kandungan

Advertisement

Dipetik daripada Astro Awani, atas faktor keselamatan dan kesihatan, doktor menasihatkan beliau untuk menggugurkan kandungannya.

"Ketika itu, memang tidak menjangka hamil anak kedua. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihati untuk buang, saya sedih.

“Saya diberi tempoh seminggu dan saya makan nenas untuk keluarkannya.

"Sebenarnya, perkara itu sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.

"Kalau bersalin secara pembedahan, paling 'gangster' pun untuk hamil anak kedua adalah selepas enam bulan.

“Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lalu,"
katanya pada Harian Metro.

sharifah sakinah terpaksa makan nenas untuk gugurkan kandungan

Sakinah pada masa tersebut sudah bersedia untuk hamil anak kedua dengan jarak usia anak pertama yang sesuai. Malah aktiviti seninya juga akan ditunda.

Sumber: Astro Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini