Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tampil Buka Mulut, Bebas Daripada Tahanan Reman

Pelakon popular tanah air, Sharnaaz Ahmad akhirnya membuka mulut spekulasi yang melanda dirinya.

Malah, dia meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung satu kejadian kes pukul di sebuah kondomi­nium.

Advertisement

sharnaaz ahmad tampil buka mulut, bebas daripada tahanan reman

Namun, Sharnaaz tidak mahu pihak di luar sana tidak menyebarkan spekulasi yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.

Berusia 37 tahun, ramai pihak menyelar dirinya sebagai penjenayah disebabkan dia ditahan reman tetapi ia hanyalah untuk membantu siasatan polis berhubung laporan ke atasnya me­ngenai penglibatan dalam satu kes pukul di sebuah kondominium.

“Saya harap jangan buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah. Bukan, ini bukan soal jenayah, bukan. Ini adalah bantuan polis.

“Ini adalah bantuan siasatan polis. Saya di sini (balai polis) untuk membantu siasatan,” katanya.

Sharnaaz akhirnya menjelaskan perkara sebenar berkenaan segala laporan media berhubung kejadian berkenaan hanya bersandarkan kepada dakwaan se­belah pihak.

“Jangan hakimi terlalu awal. Jangan judge dari sebelah sana sahaja. Tak tahu lagi bila pendakwaan, tetapi saya sudah beri kerjasama dan keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis,” ujarnya.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini