Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sherry Alhadad Tegas Tolak Pembedahan Bariatrik, Mahu Kurus Secara Semula Jadi

sherry alhadad tegas tolak pembedahan bariatrik mahu kurus secara semula jadiFoto: Instagram

Pengacara dan pelakon popular Sherry Alhadad kekal dengan pendiriannya untuk tidak menjalani pembedahan bariatrik meskipun ia sering dianggap sebagai jalan mudah untuk mendapatkan bentuk tubuh yang lebih ideal.

Advertisement

Menurut Sherry beliau lebih selesa memilih kaedah semula jadi seperti senaman dan kawalan pemakanan walaupun proses tersebut menuntut kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

Jelasnya walaupun pernah ditawarkan oleh beberapa pihak termasuk doktor untuk menjalani pembedahan tersebut beliau menolak dengan baik kerana beranggapan belum tiba masanya.

“Memang ada yang tawarkan buat pembedahan bariatrik tetapi saya tolak dengan cara baik kerana belum terbuka hati. Beberapa doktor juga ada menawarkan perkara sama tetapi saya tetap menolak dengan baik.

“Rasanya buat masa ini tiada keperluan untuk melakukan pembedahan hanya untuk kurus,” katanya ketika ditemui dalam majlis pengumuman Anugerah MeleTOP Era 2025 baru-baru ini.

Berusaha Turunkan Berat Badan Secara Organik

Sherry turut mengakui beliau masih bergelut dalam usaha menurunkan berat badan melalui kaedah organik iaitu diet dan senaman. Beliau menyifatkan proses tersebut tidak mudah dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

“Sesiapa yang pernah cuba turunkan berat badan secara semula jadi pasti faham betapa sukarnya untuk kekal konsisten. Saya sendiri sudah mencuba pelbagai cara dan masih bergelut. Berat saya juga sering berubah-ubah mengikut keadaan. Orang kata saya dalam kategori yoyo sebab berat badan mudah naik dan turun,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa antara cabaran terbesar dalam proses ini adalah untuk memastikan kekuatan mental sentiasa terjaga.

“Bagi orang yang cuba untuk diet dan bersenam memang agak susah. Selalunya apabila mental saya kuat saya boleh teruskan tetapi kemudian semangat itu menurun semula.

“Selalu terfikir sampai bila perlu teruskan begini. Bila berat naik sikit saja saya terus rasa perlu kawal semula pemakanan. Sebenarnya proses saya untuk kurus hanya perlukan disiplin dalam menjaga makan,” katanya.

Dalam perkembangan lain Sherry berkongsi rasa terharu kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengacarakan Anugerah MeleTOP Era 2025 yang akan berlangsung pada 12 Oktober akan datang.

Beliau akan bergandingan bersama tiga pengacara lain iaitu Nabil Ahmad Hawa Rizwana dan Namie. Kehadiran mereka dijangka bakal menyemarakkan lagi acara berprestij yang saban tahun dinanti-nantikan oleh peminat industri hiburan tanah air.

Sumber: HibGlam

Kitsui

Kurus Tanpa Jalan Pintas

Ikuti jejak Sherry – pilih cara sihat dengan suplemen & senaman sederhana. Turun berat secara realistik, tanpa risiko bariatrik.


Kawal Berat & Sihat

ERA Muzik Hit Terkini