
Shila Amzah menjawab kecaman dari netizen tentang penampilan terbarunya yang menggayakan tindik di hidung. Malah ramai netizen bertanyakan tentang perkara ini di TikTok.
Advertisement
Jawapan dari Shila Amzah, dia mahukan kelainan dalam penampilannya selepas menjalani fasa penceraian. "Bila ada overprotective family, you nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi selepas Sha cerai, I wanted to do something. Sha macam nak something different. Sha suka piercing dari zaman sekolah lagi," jelasnya.
Dikatakan Shila Amzah kini menjalinkan hubungan bersama seorang influencer yang dikenali sebagai Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.
Sumber: Artis Malaysia, Astro Gempak