Akibat terkesan dengan komen dan kritikan terhadap dirinya, terutama dalam isu loghat bahasa Inggeris, Shila Amzah mengambil keputusan untuk tidak mengemas kini lagi akaun Twitternya.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram nya, Shila Amzah menjadi mangsa buli siber sejak tujuh tahun lalu, hanya kerana dia anak kepada penyanyi, ND Lala.
Advertisement
Tidak cukup dengan itu, impiannya untuk menjadi penyanyi juga sering dicemuh.
"Saya tidak ke sekolah antarabangsa, latar belakang keluarga juga tidak menggunakan bahasa Inggeris. Malah pendidikan saya juga setakat SPM sahaja.
"Tetapi itu tidak bermakna saya tidak matang. Saya belajar perkara baru setiap hari dan saya mahu menjadi orang yang lebih baik.
"Jika anda berpelajaran tinggi, ia bukan alasan untuk memandang rendah orang lain. Sebaliknya, cara anda melayan orang lain akan menentukan sama ada anda seorang yang baik atau sebaliknya," tulisnya.
Sumber: Awani / Shila Amzah