Sabtu lalu telah berlangsungnya Konsert Rockmantic Judika And The Gang di Axiata Arena Kuala Lumpur dan dihadiri seramai 12 ribu peminat.
Shila Amzah merupakan barisan selebriti yang turut membuat persembahan solo dan duet bersama Judika.
Advertisement
Namun, pada awal persembahannya dia membawa lagu ‘Memori Tercipta’ dan mendapat sorakkan dan nyanyian yang ramai oleh penonton yang berada dalam Axiata Arena itu.
@era.je Auwwwhhh, cantiknya @shahilaamzah malam ni. 😍 #sharERA #RockmanticNightJudikaAndTheGang ♬ original sound - ERA
Shila terhenti seketika menyanyi sambil membuat reaksi ingin mengalirkan air mata kerana terharu dengan peminat yang menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.
Menerusi satu hantarannya di laman X, dia menjelaskan bahawa dia terharu dan tidak dapat menyanyikan korus lagu tersebut.
Sang Memori tercipta with such a huge energy from the crowd last night,
— 茜拉 (@Shilaamzah) October 22, 2023
It was magical ✨
I got so overwhelmed, I couldn’t sing the first chorus as I was holding back my tears..
Reminiscing few good old days I had, but the rest are history.
I owned myself last night 😭 pic.twitter.com/3yDVQhu9u6
“Saya sangat terharu, saya tidak dapat menyanyikan korus pertama kerana saya menahan air mata. Mengimbau beberapa hari lama yang indah, tetapi selebihnya adalah sejarah”
Umum mengetahui tentang masalah keluarga yang dihadapi oleh Shila dan orang ramai berada di pihaknya.