Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shila Amzah Sah Sudah Bercerai, Syukur Proses Berjalan Lancar - “Alhamdulillah Kes Dengan Bekas Suami Selesai”

Penyanyi, Shila Amzah memaklumkan bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada Selasa.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Shila juga meluahkan rasa syukur setelah urusan perceraiannya bersama bekas suami akhirnya selesai dan berjalan lancar.

Advertisement

“Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya di kapsyen.

shila amzah sah sudah bercerai, syukur proses berjalan lancar - “alhamdulillah kes dengan bekas suami selesai”

Penyanyi berusia 31 tahun itu turut berkongsi video di InstaStory sejurus proses penceraiannya selesai.

“Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan, tak ada orang dalam dunia ni berkahwin untuk bercerai.

“Apa sahaja kemungkinan dan juga kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya. So, let’s move on and do our best to build our life untuk menjadi yang lebih baik,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Terdahulu, Shila mengejutkan orang ramai dan peminatnya apabila memberitahu dan berkongsi bahawa dia telah memfailkan perceraian kepada suaminya, Haris Idraki.

Malah, hampir dua bulan mereka tidak tinggal sebumbung akibat perselisihan faham dan Shila memilih untuk tinggal di rumah ibu bapanya di Kuala Langat, Selangor.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini