Shila Amzah baru-baru ini dilihat mesra bersama dengan ‘influencer’ Ubai seperti sedang dilamun cinta.
Sebelum ini Shila dan Ubai rajin membuat content video di youtube bersama dengan 2 rakan yang lain, Mamat Got No Chill dan Ilyas dalam youtube channel mereka, 3+1.
Advertisement
Mendapat perhatian apabila Shila & Ubai dilihat mesra dan rapat di Konsert Mahalini Live in KL di Zepp KL pada 29 Januari tempoh hari.
Menerusi posting ERA di media sosial, netizen kelihatan kurang senang dan terkejut dengan hubungan mereka kerana menganggap Ubai terlalu muda dan kurang sesuai dengan Shila.
Namun ada juga yang turut mendoakan hubungan mereka ke peringkat seterusnya jika mereka betul-betul sedang bercinta.