Pelakon, Shima Anuar, 29, mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon itu melakukan ujian swab Sabtu lalu selepas mengalami kesukaran bernafas dan sakit kepala sehari sebelumnya.
Advertisement

Beliau yang juga tidak mempunyai mana-mana kontak rapat dengan individu positif COVID-19, melakukan ujian swab itu pada awalnya sebagai langkah berjaga-jaga namun tidak menyangka dirinya positif COVID-19.
"Sejak Jumaat lalu, saya mengalami kesukaran bernafas dan sakit kepala. Saya beritahu suami dan dia menyangka mungkin perut saya kosong dan masuk angin.
"Namun, saya buat keputusan melakukan ujian swab sebagai sebagai langkah berjaga-jaga menyedari virus ini ada di mana-mana," katanya.
Suaminya yang juga melakukan ujian swab, telah disahkan bebas daripada virus itu.
"Suami juga melakukan ujian swab selepas saya mendapat keputusan. Namun, dia disahkan bebas daripada virus itu semalam.
"Saya jadi tidak keruan dan hilang punca sekejap. Saya asyik memikirkan anak yang turut menjalani ujian swab pagi tadi.
"Saya berdoa anak-anak tidak dijangkiti. Saya tidak boleh bayangkan keadaan mereka jika sebaliknya," katanya.
Ekoran daripada itu, beliau menyarankan individu yang mempunyai kontak rapat dengannya agar segera melakukan ujian saringan virus itu, dan beliau kini sedang melakukan kuarantin diri sementara menunggu perkembangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: Instagram Shima Anuar