Pelakon cantik Shin Se Kyung telah berkongsi sekeping foto sedang bercuti di Tokyo Disneysea, Jepun, namun komen peminatnya bukan kearah percutian aktress tersebut, tetapi kepada dagunya.

Advertisement
Tampil dengan penampilan santai dan solekan nipis, pelakon drama Black Knight: The Man Who Guards Me ini tetap cantik dan mendapat pujian peminatnya.
Pelakon berusia 27 tahun ini dikatakan melakukan pembedahan plastik pada wajahnya, kerana dagunya kelihatan berbentuk segi tiga atau V dalam foto berkenaan, berbanding dirinya yang dahulu.

"Dia sudah melakukan banyak pembedahan pada wajahnya. Sekarang dagunya jadi segitiga," komen seorang netizen.
"Saya masih ingat di hari-hari 'High Kick', wajah yang besar sehingga dia harus menutupinya dengan rambut. Kemudian bentuk wajahnya mulai menipis dan sekarang dia memiliki V line melebihi orang kebanyakan.”
"Dia telah melakukan pembedahan plastik. Dia seperti ketagih".
"Sudah pasti tidak mungkin untuk mendapatkan dagu dan tulang pipi seperti itu dengan berdiet," sindir yang lain.
Sumber: Instagram @sjkuksee
