Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa ‘Cyberbully’

“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

Usahawan dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan bahawa arwah isterinya, penyanyi, Siti Sarah juga pernah menjadi mangsa buli di media sosial sehingga menyebabkan tekanan dan stress.

Advertisement

“Saya ingat lagi, dulu arwah Sarah sampai stress disebabkan buli siber sehinggakan apabila sudah meminta maaf tetapi netizen seperti tidak memafkannya”, kata Shuib.

Shuib berharap budaya negatif yang semakin berleluasa di negara ini dapat dibendung sebelum melarat.

“Contoh terdekat yang pernah saya alami ialah apabila saya lambat dua hari membayar gaji pekerja, netizen mula menilai seperti mereka yang duduk dalam kasut saya”, ujar Shuib.

Berkongsi mengenai pengalamannya itu, beliau berpendapat bahawa pembuli siber hendaklah dihukum mengikut undang-undang agar mereka tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

 

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini