Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Shuib Syukur Akhirnya Dapat Kebenaran Ke Hospital Jumpa Anak Keempat, Ayash Affan

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu melahirkan rasa gembira apabila mendapat perkhabaran baik daripada pihak hospital untuk hadir melihat bayi keempatnya.

shuib syukur akhirnya dapat kebenaran ke hospital jumpa anak keempat, ayash affan

Advertisement

Berita gembira itu dikongsi melalui status di Instagram Story miliknya dan dia memaklumkan doktor sudah memberikan kebenaran untuk melihat dan melawat anak keempat, Ayash Affan pada Isnin.

“Alhamdulillah, di hari kelahiran Allah hadiahkan berita gembira esok (Isnin) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan,” tulisnya.

shuib syukur akhirnya dapat kebenaran ke hospital jumpa anak keempat, ayash affan

Shuib juga meluahkan rasa syukur atas ucapan sempena hari kelahirannya buat semua peminat dan rakan-rakan artis.

Malah, dia berjanji dan sentiasa mengingat pesanan isterinya Allahyarham Siti Sarah agar menjaga anak keempatnya sebaiknya.

“Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda sama berulang kali, you jaga tau baby keempat kita, you jaga tau.

“InsyaAllah sayang, saya akan jaga sampailah dia jadi anak yang soleh,” luah Shuib.

shuib syukur akhirnya dapat kebenaran ke hospital jumpa anak keempat, ayash affan

Tambahnya, dia memohon doa agar diberikan kekuatan untuk menjaga keluarganya dan sentiasa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini