Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sikap Pemurah Lee Ji Ah Buat Peminat Kagum

Pelakon drama The Penthouse, Lee Ji Ah bermurah hati memberikan sumbangan untuk pelajar yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

sikap pemurah lee ji ah buat peminat kagum

Memetik laporan Soompi, Green Umbrella Children’s Foundation (ChildFund Korea) yang merupakan satu pertubuhan amal mendedahkan aktres berkaliber itu menghulurkan sumbangan berupa alat teknologi bagi kemudahan para pelajar.

Advertisement

Pelajar kurang berkemampuan berpeluang menerima sumbangan itu bagi memudahkan  mereka dalam sesi pembelajaran secara atas talian.

sikap pemurah lee ji ah buat peminat kagum

Menurut Lee Ji Ah, dia mengemukakan idea itu selepas melihat sendiri kesukaran para pelajar menjalani sesi pembelajaran atas talian.

“Bantuan yang dihulurkan Lee Ji Ah sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah,” ujar Lee Je Hoon, Presiden ChildFund Korea

"Pandemik Covid-19 menyebabkan timbul ketidaksetaraan antara pelajar sehingga menjadi semakin parah, lebih-lebih lagi soal ekonomi keluarga membataskan pembelajaran jarak jauh.

"Pendidikan kini sudah menjadi sebahagian norma baharu dalam kehidupan pelajar, justeru itu kami sentiasa memerlukan sokongan bagi meneruskan kehidupan dan membantu anak-anak daripada keluarga kurang mampu," tambahnya

Menurutnya lagi, pihaknya berterima kasih kepada Lee Ji Ah atas sokongan penuh dan bantuan yang diberikan kepada anak-anak ini.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini