
Sumber: Harian Metro
Advertisement
Siti Nordiana kini sedang berada di tanah suci untuk mengerjakan umrah sejak 5 December yang lalu. Ketika ditanya soal jodoh dan adakah Nana bakal berkahwin dengan pengurusnya sendiri, Nana menafikan hal itu.
“Tak benarlah dakwaan saya nak berkahwin dengan pengurus sendiri. Hubungan dengannya sekadar rakan sekerja.
“Apa pun, saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Kalau ada calon, saya beritahu. Saya harap semua faham dan berhenti membuat spekulasi,” katanya kepada Harian Metro.
Jelas Nana, pengurusnya berada di Mekah sekali atas pilihannya sendiri dan Anas berkawan baik dengan ustaz yang membawa rombongan jemaah mereka.
“Keberadaan pengurus saya di Makkah pun atas pilihannya sendiri kerana dia juga berkawan dengan ustaz yang membawa rombongan jemaah yang kami ikuti.
“Memang jelas tidak ada sebarang perancangan ke arah itu. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sayang dan mendokan kebaikan buat saya,” katanya.
