Foto: Instagram
Penyanyi, Siti Nordiana menyatakan dia tidak meletakkan sebarang kriteria tinggi dalam soal mencari pasangan hidup, sebaliknya hanya mengharapkan seorang lelaki yang mampu menerima dirinya dengan ikhlas serta menghadirkan rasa tenang dalam hubungan.
Advertisement
Menurut Siti Nordiana Alias, 41, keserasian dan keselesaan lebih utama berbanding status atau penilaian luaran. Katanya, hubungan yang baik adalah apabila kedua-dua pihak boleh menjadi diri sendiri tanpa rasa tertekan.
“Sejujurnya saya tidak terlalu kisah soal status. Saya cuma berharap dia boleh terima saya seadanya,” katanya.
“Bila bersama, saya rasa selesa dan tidak perlu berpura-pura atau menjadi orang lain,” jelasnya ketika ditemu bual dalam sebuah program audio siar.
Penyanyi lagu Nisan Cinta itu turut menjelaskan bahawa alam perkahwinan memerlukan kefahaman yang matang mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing, bukan hanya bergantung kepada perasaan cinta semata-mata.
@era.je Korang amin kan cepat doa ni!! So kita dapat tengok Mader @sitinordiana bersama pasangannya!! @errafazira dah kena standby untuk perform kat wedding eh 😂 #ERARadioNo1PalingLegit #CartaERA40 ♬ original sound - ERA
“Apabila sudah menjadi suami isteri, setiap pihak perlu tahu tanggungjawab masing-masing,” ujarnya.
“Keselesaan diri juga penting supaya hubungan dapat kekal harmoni,” katanya lagi.
Tambah Nana, kriteria tersebut menjadi harapan dan doanya dalam menanti pasangan hidup yang terbaik pada masa hadapan.
“Itu sahaja yang saya harapkan. Moga Allah permudahkan dan kurniakan yang terbaik, insya-Allah,” ujarnya.
Pandangan terbuka Nana itu mendapat perhatian ramai apabila netizen menyifatkan pendiriannya sebagai matang, realistik dan dekat dengan kehidupan sebenar.
“Jawapan yang sangat jujur dan membumi. Bahagia itu bila rasa diterima,” tulis seorang netizen
“Kriteria ringkas tapi penuh makna. Semoga Nana dipertemukan dengan jodoh yang baik,” komen seorang lagi.
“Cinta sebenar itu bila selesa tanpa perlu berpura-pura,” kata seorang pengguna media sosial.
Untuk rekod, Siti Nordiana pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 sebelum perkahwinan tersebut berakhir pada 2009.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 17 tahun.
Sumber: Instagram @era.je