
Alhamdulillah. Pagi ini lebih kurang jam 8.17 pagi Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55kg secara pembedahan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Advertisement
Pasangan Datuk Khalid dan Dato' Sri Siti sengaja memilih tarikh hari ini Isnin, kerana ia bersamaan dengan kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Siti dan bayinya kini berada dalam keadaan sihat.
Namun, hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat.
Sumber: Instagram @ctdk
