Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Impian Tercapai, Siti Nurhaliza Kembali Hiburkan Peminat Indonesia

impian tercapai, siti nurhaliza kembali hiburkan peminat indonesiaFoto: VOI

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui impiannya untuk kembali membuat persembahan di Indonesia akhirnya tercapai.

Advertisement

Jelasnya, sepanjang dikenali di Indonesia, dia bukan sahaja mendapat sokongan daripada peminat di sana malah rakan-rakan artis juga banyak membantu menaikkan namanya di situ.

"Impian saya untuk hiburkan peminat di Indonesia akhirnya tercapai. Saya cintakan anda semua."

"Sepanjang menjadi penyanyi, saya tidak hanya menerima sokongan peminat, malah rakan-rakan artis dari Indonesia membuat saya rasa dihargai," katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Nirmala itu menyifatkan kehadirannya di festival muzik popular Indonesia, Pestapora 2025, adalah sebagai peluang untuk menyampaikan salam serta sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Indonesia.

Sumber: TikTok

ERA Muzik Hit Terkini