Satu majlis kesyukuran telah selamat diadakan di kediaman penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, malam semalam.
Di majlis tersebut juga, Datuk Siti Nurhaliza mengesahkan bahawa beliau telah hamil 4 bulan.
Advertisement
Menurut beliau, penantian selama 11 tahun ini adalah satu berita gembira buat dirinya dan suami, Datuk Khalid Muhd Jiwa.
“Selama empat bulan menyepi banyak berita dan spekulasi yang timbul mengenai diri saya. Namun saya tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri.
“Tidak ada sebab lain, melainkan saya ingin menjaga kehamilan peringkat pertama. Apabila disahkan hamil, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kandungan.
“Lagi pula ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. InsyaAllah selepas ini saya boleh fokus semula,” katanya pada Harian Metro.
Datuk K pula dalam temuramah lain mengimpikan anak perempuan selepas dikurniakan 4 orang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.
Tahniah Datuk Siti dan Datuk K!
Sumber: Harian Metro / Media Hiburan