Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Siti Nurhaliza Harap Tambah Cahaya Mata Sebelum Usia 43 Tahun

Penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, beliau berharap untuk menambah zuriat kedua sebelum usianya mencecah 43 tahun.

siti nurhaliza harap tambah cahaya mata sebelum usia 43 tahun

Advertisement

Beliau yang kini berusia 40 tahun juga berkata, beliau akan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memasuki fasa kehamilan.

"Impian saya ketika awal perkahwinan dahulu sememangnya mengimpikan anak yang ramai. Tetapi rezeki Allah telah kurniakan zuriat sulung selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.

"Saya sedar kawan-kawan seusia saya telah mempunyai lima hingga enam orang anak. Jadi saya berharap untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun," katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam perkembangan lain, anak beliau bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, iaitu Siti Aafiyah kini telah berusia setahun dan juga tidak mahu dipimpin tangan untuk berjalan.

siti nurhaliza harap tambah cahaya mata sebelum usia 43 tahun

"Saya sedih. Dia tidak mahu lagi dipimpin kerana telah pandai berjalan. Pantas masa berlalu," katanya lagi.

ERA Muzik Hit Terkini