Tak mudah nak jadi selebriti ni. Ada je benda yang berlaku. Macam kisah Tok Ti ni, walaupun tengah berpantang tapi ada je benda yang tak kena.
Baru-baru ni ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar Tok Ti dan menyebarkan beria palsu. Berita yang tertulis dalam Bahasa Inggeris itu berbunyi "Sita Nurhaliza Disaman Kerana Menggaut Keuntungan Dengan Menggunakan Maklumat Yang Tidak Sah". Perkara itu dikongsi sendiri oleh Tok Ti dalam instagramnya
Advertisement
Walaupun nama beliau ditukar, tapi imej yang digunakan terang-terang menunjukkan wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dan perbuatan ini boleh menyebabkan imej Tok Ti tercalar. Jadi, elok sangat lah kalau Tok Ti ambil tindakan undang-undang. Kalau dibiarkan sahaja, benda ni boleh jadi dekat orang lain pula.
Dan korang pun jangan lah buat berita palsu semata-mata nak mengaut keuntungan. Cuba cari rezeki dengan cara yang baik. Banyak lagi berita-berita baik yang boleh kita sebarkan.
Sumber: Instgram Siti Nurhaliza
