Foto: Instagram
Pelakon popular tanah air, Siti Saleha, 35, memilih untuk tidak mengulas panjang berhubung dakwaan bahawa beliau kini sedang hamil. Bagaimanapun, beliau memohon agar orang ramai terus mendoakan perkara-perkara yang baik buat dirinya.
Advertisement
"Doakan yang baik-baik, Insya-Allah mungkin ada berita gembira tidak lama lagi. Namun, buat masa ini saya belum bersedia untuk berkongsi apa-apa," katanya ringkas ketika ditemui pihak media di set penggambaran drama bersiri Bad Cop.
Meskipun tidak memberikan sebarang pengesahan, spekulasi mengenai kehamilannya semakin kuat apabila beliau memaklumkan akan mengambil cuti panjang selepas selesai penggambaran drama tersebut.
"Selepas ini saya akan berehat panjang. Ini merupakan projek terakhir saya sebelum saya bercuti. Tempoh cuti itu mungkin mengambil masa beberapa bulan atau mungkin bertahun," jelasnya lagi.
Beberapa hari yang lalu, tular sebuah video menunjukkan kehadiran Saleha di sebuah festival filem. Dalam video tersebut, penampilannya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila kelihatan seolah-olah mempunyai 'baby bump'.
Untuk rekod, Siti Saleha telah sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu, selepas tiga tahun melalui fasa perceraian.
Terdahulu, beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun perkahwinan tersebut hanya bertahan selama empat tahun.
Sumber: HibGlam