Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Siti Sarah Masuk ICU Akibat Keadaan Kurang Stabil, Shuib Mohon Doa Semua

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras akibat tahap oksigen yang semakin tidak stabil setelah dijangkiti Covid-19.

siti sarah masuk icu akibat keadaan kurang stabil, shuib mohon doa semua

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram Shuib, dia berkongsi situasi isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan itu terpaksa dimasukkan ke ICU setelah tahap oksigennya kurang stabil.

“Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaan dia yang tidak berapa baik,” katanya.

siti sarah masuk icu akibat keadaan kurang stabil, shuib mohon doa semua

Tambahnya, Shuib memohon semua peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat isterinya dan anak dalam kandungan sempena keberkatan hari Jumaat ini.

“Saya mohon di hari baik, hari Jumaat doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah memberi kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke hospital pada petang Rabu berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

 

[ARTIKEL BERKAITAN]

Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital, Tahap Oksigen Menurun Akibat Dijangkiti COVID-19

Siti Sarah, Shuib Sekeluarga Sah Positif COVID-19, “Mohon Semua Doakan Kami”

ERA Muzik Hit Terkini