Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Siti Sarah Meninggal Dunia, Peminat Dan Rakan Artis Zahir Ucapan Takziah

Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.

Advertisement

siti sarah meninggal dunia, peminat dan rakan artis zahir ucapan takziah

Menerusi hantaran di laman Instagram Shuib, dia  memaklumkan sendiri mengenai berita duka itu.

“5.13 pagi 9 ogos 2021, bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-fatihah,” tulisnya.

Sebelum ini, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan cahaya mata keempat pasangan itu ketika menerima rawatan pada Jumaat.

Rata-rata peminat dan rakan artis juga turut berdukacita akan ujian menimpa Shuib sekeluarga atas ​​pemergian Allahyarham.

 

 


 

ERA Muzik Hit Terkini