Pernahkah anda terfikir untuk menjadi bintang terkenal dunia seperti EXO dan juga kumpulan Girls’ Generation?

SM Entertainment bersama Jongro Haneul Education telah menubuhkan SM Institute (SMI), iaitu sebuah program pendidikan seni global untuk melahirkan lebih ramai bintang terkenal.
Advertisement

SMI dilaporkan akan menawarkan program pendidikan dengan landasan dalam pengetahuan industri yang telah menjadikan K-pop dan K-budaya sebagai fenomena global.
Ditawarkan dalam pelbagai pilihan bahasa seperti Korea, Inggeris, Cina, dan Jepun, ia membolehkan pelajar dari serata dunia untuk menyertai program berkenaan.
Selain dalam bidang nyanyian, institut ini juga berupaya melahirkan kepakaran dalam bidang lain seperti pengurusan model, penghibur, influencer, fesyen, kecantikan, dan juga gaya hidup.
Sebagai tambahan kepada kurikulumnya di luar talian, SMI akan menggunakan teknologi pembelajaran adaptif, kecerdasan buatan (AI), dan teknologi pendidikan canggih untuk menawarkan pendidikan terbaik meskipun pada ketika wabak COVID-19 masih belum reda ketika ini.
Bakal membuka pintunya pada bulan Mac 2021, SMI juga merancang untuk mewujudkan cawangan lain diperingkat antarabangsa bagi mengembangkan lagi "gelombang Hallyu" diperingkat dunia.
Sumber: Soompi