Skip to main content

Advertisement

Hiburan

SonaOne & Kidd Santhe Jamu Peminat Dengan Lagu Kuey Teow

Industri muzik hip hop kita terus meriah dengan penampilan terbaharu oleh SonaOne dan Kidd Santhe menerusi single terbaru berjudul Kuey Teow.

sonaone & kidd santhe jamu peminat dengan lagu kuey teow

Menurut Kidd Santhe, kerjasama bersama SonaOne ini pada dasarnya adalah sekadar hiburan, meskipun mereka saling mengenali lebih kurang 6 tahun.

Advertisement

sonaone & kidd santhe jamu peminat dengan lagu kuey teow

Kuey Teow diangkat sebagai tema lagu ini sebagai hiburan tenang kehidupan yang bahagia sambil menghargai perkara-perkara yang sederhana seperti makanan.

SonaOne yang juga sering berkongsi kemahiran memasakknya di Instagram berkata, beliau juga sedikit sebanyak tahu mengenai nikmat kesenangan asas.

sonaone & kidd santhe jamu peminat dengan lagu kuey teow

“Ada perkara yang tidak boleh dikongsi dengan semua orang. Untuk perkara yang lain, ada kuey teow. Sekiranya anda lapar, kami ada banyak kuey teow,” ujar SonaOne dalam satu kenyataan.

Single dan muzik video Kuey Teow kini boleh didengarkan menerusi YouTube dan semua penstriman digital.

ERA Muzik Hit Terkini