
Setelah berteka-teki tentang status hubungannya, akhirnya Song Joong Ki mengumumkan telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pilihan hatinya iaitu Katie Louise Sauders.
Advertisement
Pelakon Korea ini telah memaklumkan perkara ini sendiri menerusi laman web peminatnya hari ini.
Song Joong Ki memberitahu dia tertarik dengan isterinya kerana memiliki hati yang baik serta seorang wanita yang bijak. Malah dia berterima kasih kepada isterinya kerana kehadirannya membawa perubahan yang besar dalam hidupnya.
Song Joong Ki juga memberitahu berita gembira apabila dia dan pasangan bakal menerima kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
Sumber: Astro Gempak