
Sumber: Wanista
Advertisement
Siapa peminat Descendants of the Sun pasti suka dengan berita gembira iaitu Song Joong Ki, 31 dan Song Hye Kyo, 36 akan berkahwin pada 31 Oktober nanti! Wehoo !
Berita gembira ini dimaklumkan sendiri oleh syarikat pengurusan mereka.
“Kerana perkahwinan bukanlah perkara remeh dan ia turut melibatkan keluarga dari kedua belah pihak. Oleh sebab itu, kami sangat berhati-hati dalam perkongsian maklumat berkenaan hal ini. Kami harap semua orang faham mengapa baru sekarang semuanya terungkai. Kami mohon rahmat daripada semua untuk mendoakan kesejahteraan bagi pasangan ini dan berita ini juga akan dikongsikan sendiri oleh Song Joong Ki dan Song Hye Kyo kemudian.“

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
