Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Song Kang Mahu Wajah Mirip Watak Webtoon, Sanggup Bersenam Sehingga Turun Berat Badan Lima Kilogram

Pelakon meningkat naik Korea Selatan, Song Kang mengakui sanggup membuat apa sahaja bagi mendapatkan tubuh badan yang sempurna untuk menjayakan watak lakonan terbarunya berjudul Nevertheless.

song kang mahu wajah mirip watak webtoon, sanggup bersenam sehingga turun berat badan lima kilogram

Advertisement

Song Kang turut mengamalkan diet seimbang untuk kelihatan sama seperti watak dalam webtoon diadaptasi untuk dramanya itu.

Memetik laporan Mstar, pelakon berusia 27 tahun itu menjalani inisiatifnya sendiri untuk menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram sebelum memulakan penggambaran.

“Ketika saya membaca webtoon, saya fikir Jae-eon (watak saya) kelihatan seperti lelaki yang baik tetapi dia mempunyai karakter yang cool.

song kang mahu wajah mirip watak webtoon, sanggup bersenam sehingga turun berat badan lima kilogram

“Jadi saya ingin memastikan saya boleh menonjolkannya dengan baik menerusi diet.

“Oleh itu saya berjaya menurunkan berat badan sekitar lima kilogram,” ujarnya.

song kang mahu wajah mirip watak webtoon, sanggup bersenam sehingga turun berat badan lima kilogram

Pengarah Kim Ga-ram kagum dengan semangat dan komitmen yang diberikan Song dan pasangannya Han So-hee demi menjayakan drama istimewa ini.

“Kedua-dua pelakon berusaha untuk selarikan realiti mereka dengan watak yang berasal dari webtoon.

“Walaupun diberitahu agar mereka tidak perlu kelihatan serupa, tetapi mereka benar-benar berusaha untuk merealisasikannya,” katanya.
 

ERA Muzik Hit Terkini