Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Adira 'Kantoi' Rapat Dengan Pelakon Wanita Bernama 'N'

suami adira mengaku rapat dengan pelakon wanita bernama

Sumber: mStar

Advertisement

Jika sebelum ini nama suami Adira Suhaimi panas disebabkan gosipnya dengan pelakon Ruhainies, kini nampaknya Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan dan mengaku khabar angin yang melanda dirinya adalah benar. 

Datuk Red dikatakan menjalin hubungan dengan seorang pelakon wanita bernama 'N'. Bagaimanapun ianya berakhir apabila diketahui Adira. 

"Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia.

"Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti," ujarnya kepada mStar Online

Datuk Red menyatakan dia tiada perancangan untuk berkahwin dengan artis berkenaan. Sekadar hanya untuk berkawan sahaja. 



*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

suami adira mengaku rapat dengan pelakon wanita bernama

ERA Muzik Hit Terkini