Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Youtuber Terkenal Direman 3 Hari Bermula Hari Ini

Suami kepada Youtuber masakan terkenal telah ditahan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

suami youtuber terkenal direman 3 hari bermula hari ini

Ia selepas dakwaan mencederakan isterinya, mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Advertisement

Suspek disyaki memiliki senjata berbahaya dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Selasa kira-kira jam 5.54 petang.

Ketika kejadian, suspek dikatakan dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga. Perselisihan faham pasangan berkenaan juga dikaitkan dengan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga, seperti disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.

Sumber: Bernama / Awani

ERA Muzik Hit Terkini