Baru-baru ini, penyanyi baru, Hashmitha, telah muncul dengan single pertamanya berjudul Takkan Kembali,


Advertisement

Muzik video berdurasi 6:22 lakonan penyanyi itu sendiri bersama pelakon, Erwin Dawson telah menarik perhatian orang ramai apabila terdapat satu suara misteri pada minit ke 2:10.

Ada yang mendakwa lagu terbabit tidak disunting dengan baik dan ada juga yang menyatakan lagu ini berhantu.



Pihak syarikat rakaman, Datu Entertainment sebaliknya menafikan ia adalah masalah suntingan dan menyatakan ketika proses rakaman tiada suara bisikan ini kedengaran.

