Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Pengalaman Bercinta Kami Hampir Sama”, Sufian Suhaimi Buat Surprise Pada Jasmine Suraya

Pelakon, Jasmine Suraya tidak menyangka yang Sufian Suhaimi akan membuat kejutan kepadanya baru-baru ini.

“pengalaman bercinta kami hampir sama”, sufian suhaimi buat surprise pada jasmine suraya

Advertisement

Menurut Jasmine, beliau pada mulanya mengajak Sufian untuk keluar makan malam dan berkongsi pengalaman cinta masing-masing dan tidak menyangka pelawaannya diterima Sufian.

“Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya.

“Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita,” katanya.

“pengalaman bercinta kami hampir sama”, sufian suhaimi buat surprise pada jasmine suraya

“pengalaman bercinta kami hampir sama”, sufian suhaimi buat surprise pada jasmine suraya

Jasmine juga tidak kisah jika netizen mengaitkannya dengan penyanyi Di Matamu itu.

“Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

“Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya seperti yang dipetik dari portal Gempak.

Foto: Instagram Jasmine Suraya

ERA Muzik Hit Terkini