Penyanyi, Sufian Suhaimi hari ini telah melancarkan lagu barunya yang bertajuk ‘Mencuba’, menerusi laman Youtube Aries Music.

Advertisement
Lagu yang berdurasi 4 minit itu adalah hasil nukilan Sufian sendiri bersama Zynnakal, manakala video muzik tersebut arahan Aizat Rush.





Lakonan oleh Aida Farhani yang membawa watak teman wanita kepada Sufian Suhaimi dalam video muzik ini nyata mendapat perhatian orang ramai dan menganggap lagu ini sebagai lagu ‘move on’ untuk dirinya.

Selain mendapat perhatian dari Malaysia, lagu Mencuba ini juga mendapat tarikan daripada peminatnya di Indonesia dan negara seberang.


