Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sambut Birthday Bersama, Sufian Suhaimi Nafi Bercinta Dengan Instafamous

Penyanyi, Sufian Suhaimi menafikan dakwaan kononnya beliau sedang bercinta dengan seorang selebriti media sosial berusia 16 tahun, iaitu Arianna Natasha.

sambut birthday bersama, sufian suhaimi nafi bercinta dengan instafamous

Advertisement

Menurut portal Gempak, Sufian menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar kawan dan tak lebih daripada itu.

"Sebenarnya kami berkenalan menerusi kawan atas kawan dan pada sambutan hari jadinya baru-baru ini keluarganya ada menjemput saya.

"Kebetulan lokasinya berhampiran tempat tinggal saya dan saya pun ada kelapangan jadi saya pergi sajalah.

"Cerita sebegini bukan sesuatu yang baru bagi saya, asam garam kehidupanlah sebagai anak seni,"
katanya.

sambut birthday bersama, sufian suhaimi nafi bercinta dengan instafamous

Dalam perkembangan lain, Sufian Suhaimi kini tampil dengan single duet terbarunya bersama Amira Othman dengan tajuk lagu Takkan Merubah.

Sumber: Gempak

ERA Muzik Hit Terkini