Penyanyi, Sufian Suhaimi telah membuat pengumuman minggu lalu bahawa beliau secara rasminya mengambil seorang anak angkat iaitu Faeq Razeeq.

Advertisement
Sufian menerusi akaun Instagramnya semalam sempat meluahkan rasa rindu pada anaknya ekoran kerana terlalu sibuk dengan kerja.
“Video pertama Ayah Yan dan @babyfaeq dah keluar. Saya berasa sungguh teruja untuk berkongsi momen manis kami bersama.
“Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan kerja. Kena kerja di luar negari/negara sampai berhari-hari.
“Bila tengok gambar, tengok video barulah semangat sedikit nak buat kerja," tulisnya.
Video tersebut menyentuh hati ramai pengikutnya dilaman Instagram.
Terdahulu, Faeq Razeeq merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah dan Faeq juga masih tinggal bersama ibu bapa kandungnya. Sufian akan berjumpa Faeq hampir setiap hari bagi meluangkan masa bersama.