Juara AF2015, Sufie Rashid, telah mengikat tali pertunangan bersama Nurulain Md Yusof pada Disember 2018 selepas berkenalan lebih dua tahun.
Menurut Sufie, sebelum bertunang, beliau melamar Ain ketika mereka berada di Singapura dan ia dilakukan dengan kadar bersederhana.
Advertisement
"Ia sebuah majlis lamaran yang sangat ringkas ketika di Singapura, seminggu sebelum kami bertunang.
"Kemudian, kami bertunang dan merancang untuk ikat selama setahun. Jika tiada aral melintang kami akan berkahwin pada September tahun ini," katanya ketika ditemubual Hlive, seperti yang dipetik dari Gempak.
Mereka kini dalam proses persiapan untuk majlis perkahwinan yang dijangka diadakan pada September tahun ini.
"Persediakan akan melibatkan semua benda, sepanjang tahun ini perkahwinan adalah perkara terbesar yang akan berlaku dalam hidup saya.
"Seterusnya, saya ingin memiliki aset dalam kehidupan seperti rumah.
"Saya juga perlu bersedia untuk menjaga seseorang dan bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan," katanya.
Sumber: Gempak
