Pelakon Adam Lee memberitahu bahawa dia sudah menjaga batasnya semasa fasa bertunang bersama pasangan, pelakon dan penyanyi, Sweet Qismina dengan menolak tawaran lakonan romantik bersama pelakon wanita yang lain.
Kata Adam, dia dan Sweet akui kepercayaan dan menjaga batas pergaulan antara satu sama lain adalah cabaran yang paling terbesar ketika mereka sedang bertunang.
Advertisement

Sweet juga mendedahkan bahawa mereka akan selalu berbincang mengenai perkara yang perlu dijaga untuk menggelakkan sebarang salah faham berlaku. Tambah Sweet,
“Ketika fasa pertunangan baru Sweet tahu kalau berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki, ada batas untuk dijaga, begitu juga Adam. Kami sentiasa berbincang untuk memberitahu apa yang perlu dijaga.”
Sweet turut menjelaskan sebagai seorang pelakon, mereka boleh berbincang dengan pengarah untuk mengubah cara lakonan yang membabitkan babak babak romantik.