Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sweet Qismina Jelaskan Punca Tampil Dengan Warna Rambut Merah Jingga

Nama salah seorang pelakon daripada filem Pusaka, iaitu Sweet Qismina telah menjadi perhatian apabila beliau kini tampil dengan imej rambut berwarna merah jingga.

sweet qismina jelaskan punca tampil dengan warna rambut merah jingga

Advertisement

sweet qismina jelaskan punca tampil dengan warna rambut merah jingga

Rambutnya sebelum ini yang berwarna hitam paras lepas bahu sering dipuji, namun beliau kini tampil dengan imej terbaru serba oren.

Dipetik dari Media Hiburan, pelakon berusia 22 tahun ini menjelaskan imej terbarunya itu sebenarnya sekadar memenuhi tuntuan drama terbarunya.

“Sebenarnya saya risau juga dengan pendapat netizen kerana mereka suka membuat kecaman andai melihat warna rambut ketika ini.

“Namun saya telah menjelaskan di Instagram bahawa tidak lama dulu ia adalah atas dasar komitmen watak terbaru dan lega bila ada yang faham serta menerimanya.

“Jujurnya saya sendiri kurang senang membawa imej sebegini, akan tetapi atas kehendak watak saya cuba untuk bawa ia sebaik mungkin,” jelas Sweet Qismina kepada Media Hiburan.

sweet qismina jelaskan punca tampil dengan warna rambut merah jingga

Sumber: Media Hiburan.

ERA Muzik Hit Terkini