Pelakon, Syafie Naswip sudah selamat ditunangkan dengan pasangannya Aishah Azman pada hujung minggu lalu.

Pasangan yang mula menjalin cinta sejak tahun lalu memilih tema taman untuk majlis pertunangan mereka yang dihadiri kira-kira 200 tetamu.
Advertisement

Dipetik dari Kosmo!, Syafie dan Aishah belum memutuskan tarikh pernikahan mereka namun ia dijangka akan diadakan tahun ini.
Majlis pertunangan mereka itu dilengkapkan dengan 5 dulang hantaran berbalas 5 oleh pihak perempuan, selain pemberian sebentuk cincin oleh ibu Syafie sendiri iaitu Noorsiah Ahmad.

Rata-rata peminat menerusi ruang komen mengucapkan tahniah diatas pertunangan mereka dan mendoakan agar berbahagia selamanya. Amin.

Sumber: Instagram Syafie Naswip & Aishah Azman
