Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syafiq Kyle Terima Trofi Rising Icon di Festival Filem Asia Pasifik ke-62

syafiq kyle terima trofi rising icon di festival filem asia pasifik ke-62Foto: Instagram

Pelakon popular, Syafiq Kyle, melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai penerima trofi Rising Icon di Festival Filem Asia Pasifik ke-62.

Advertisement

Pengiktirafan itu diumumkan pada sidang media rasmi festival yang diadakan di ibu negara sebentar tadi. Bagaimanapun, Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, tidak dapat hadir dan menyampaikan ucapan menerusi rakaman video.

“Saya amat bersyukur kerana berpeluang mewakili Malaysia di pentas serantau ini dan tidak sabar untuk bersama anda semua pada malam anugerah yang akan berlangsung pada Disember nanti. Jumpa di sana,” katanya.

Setiausaha Agung Persekutuan Pengeluar Filem di Asia Pasifik, Pansha, memaklumkan bahawa Syafiq dipilih berdasarkan prestasi cemerlangnya di layar perak, termasuk membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Sheriff dan Blood Brothers: Bara Naga.

“Syafiq dipilih oleh jawatankuasa kecil Festival Filem Asia Pasifik kerana kami melihat potensinya yang besar sebagai pelakon masa hadapan.

“Anugerah ini diharap menjadi motivasi untuk beliau dan pelakon lain terus bekerja keras serta memberikan hasil terbaik. Kita juga perlu mengiktiraf bakat muda, bukan hanya pelakon veteran,” katanya.

Festival Filem Asia Pasifik ke-62 bakal menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk tahun kedua berturut-turut, dengan penganjuran berlangsung dari 29 November hingga 6 Disember 2025 di Kuala Lumpur.

Sumber: HibGlam

ERA Muzik Hit Terkini