Filem Munafik 2, arahan pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof, mencatatkan rekod tersendiri selepas ditayangkan dipawagam beberapa bulan lalu.
Namun disebalik kejayaan filem ini, ada juga yang mengambil kesempatan untuk memuatnaik salinan filem ke laman sosial secara haram.
Advertisement
Ekoran tindakan tidak bertanggungjawab itu, pihak syarikat Skop Production memfailkan saman terhadap tertuduh dan kes diheret ke mahkamah.
Dipetik daripada laman Instagram Syamsul, beliau berpuas hati apabila mahkamah sudah yang mengarahkan pesalah atau penyebar filem munafik secara haram untuk membayar RM100,000 kepada syarikat produksi, Skop Productions.
Syamsul berharap ia bakal menjadi pengajaran kepada semua pihak di masa akan datang.
“Saya dah warning sebelum ni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions.
“Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social.
Sumber: IG @syamsulyusoffilm
