Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syamsul Setuju Berpisah Dengan Puteri Sarah. Lafaz Cerai Pada 18 April.

Akhirnya konflik rumah tangga Pelakon dan Pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akan berakhir apabila mereka sepakat untuk berpisah. 

Kata Sarah di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi, Syamsul akan melafazkan cerai pada 18 April ini selepas beliau dan Syamsul membuat keputusan tersebut dalam keadaan tenang ketika mereka bertemu dan berbuka puasa atau iftar semalam.

Advertisement

 

“Saya rasa lebih tenang dan boleh fikir meneruskan kehidupan. Selama ini pun saya hanya mahu kes kami selesai,” katanya.

Tambah Puteri Sarah, pengarah filem Mat Kilau itu akan menarik semula kes nusyuz yang difailkan terhadapnya sebelum ini.

ERA Muzik Hit Terkini